Saturday, June 20, 2015

Communications and Networks

Salam Ramadhan...
Kelas untuk pertemuan ketiga kali ini jatuh dibulan ramadhan..walaupun dibulan ramadhan tetapi masih bersemangat untuk belajar terutama sekali apabila kelas Pengantar Teknologi Komunikasi/Media oleh Puan Latifah memang terbaikkkk....

Puan Latifah sedang membentangkan pembelajaran melalui slide powerpoint

Semasa didalam kelas kami telah diberikan tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan perlu menerangkan secara ringkas mengenai komunikasi terhadap komputer dan setiap kumpulan diberi pilihan untuk memilih tajuk yang diberikan oleh Puan Latifah seperti Blog, Web, E-mail, Video Confering dan sebagainya..

Berbincang bersama rakan sekumpulan


Kumpulan kami memilih tajuk Web dimana kami menerangkan secara ringkas mengenai apa itu Web, Kebaikan dan keburukann Web serta peranan web terhadap komunikasi di Malaysia.

Web adalah sekumpulan komponen yg terdiri drpd teks, gambar, suara animasi sehingga menjadi media informasi yg menarik utk dikunjungi oleh orang lain.


Kebaikan Web ialah memerlukan kos yang murah, dpt menjalinkan hubungan persahabatan, perniagaan dan sosial life.


Keburukan Web pula boleh membuat kita lalai, leka akibat terlalu lama dihadapan komputer, antisosial, masalah kesihatan dan sebagainya.


Selain itu, Puan Latifah juga memberi kami tugasan berkumpulan dimana setiap kumpulan perlu memilih company media broadcast dan kami memilih BERNAMA..tugasan tersebut merupakan carrymark sebanyak 40%..agak banyak disitu..didalam tugasan tersebut kami perlu menceritakan mengenai company tersebut..gambar disebelah menunjukkan perkara yang perlu dititikberatkan dalam assignment yang akan dilakukan secara berkumpulan..