Pertemuan kali ini jatuh dalam bulan Syawal...sungguh meriah pelajar-pelajar didalam kelas kerana masing-masing membawa kuih raya dan berkongsi rasa makanan yang dibawa..Puan Latifah sangat happy mukanya apabila kami semua bawa kuih raya untuknya...
Sesi merasa kuih raya |
Makan kuih raya sambil dengar Puan Latifah mengajar |
Ok..lepas makan2 tu..kami telah membentangkan presentation berkumpulan..kumpulan kami terdiri daripada saya Khairul, Mohd Nor, Hafiz dan Ezreen a.k,a Bobo..kumpulan kami memilih company broadcast Bernama...dibawah ini adalah tugasan kumpulan yang kami lakukan hasil daripada titik peluh bersama...
Sesi presentation kumpulan BERNAMA |
Menerangkan tentang BERNAMA melalui slide |
Logo Syarikat BERNAMA |
PENGENALAN
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
(BERNAMA)
Ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan
mula beroperasi pada Mei 1968
BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga
Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan
enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA
BERNAMA
mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura dan Jakarta dan
retainer di Washington, London. Manila, New Delhi, Dhaka, Melbourne dan
Vancouver
:: VISI
|
Menjadikan BERNAMA pemimpin dalam industri maklumat di Asia. Kami ialah pembekal berita dan maklumat yang lengkap, mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, berdaya maju, berwibawa dan sentiasa peka.
: MISI
|
3- Menjamin kepuasan para pelanggan. 4- Menggunakan teknologi terkini sedaya mampu dan mencipta teknologi sendiri sedaya mungkin. 5- Menawarkan kerjaya yang mencabar dengan ganjaran yang memuaskan. Lebih daripada 300 wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera video BERNAMA melapor dari biro-biro BERNAMA di 13 negeri di Malaysia, dari ibu pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat-pejabat luar di Singapura, Jakarta, Bangkok, London dan Washington DC. Kehadiran di serata dunia membolehkan BERNAMA membuat liputan berita-berita yang mempunyai kepentingan tempatan dan juga global.
PIAGAM PELANGGAN
BERNAMA
BERAZAM MENGAMALKAN PRINSIP PELANGGAN DIDAHULUKAN DAN PERKHIDMATAN
DIUTAMAKAN:
Semua pelanggan akan diberi layanan yang segera, mesra, adil dan saksama sejajar dengan semangat 1Malaysia. Aduan daripada pelanggan akan diambil tindakan dalam tempoh
24jam. Aduan ralat berita akan diambil tindakan pembetulan dalam tempoh
1jam. Kebajikan dan kehendak warga
BERNAMA serta pemegang kepentingan sentiasa dipelihara Khidmat Sokongan dan Bantuan Pelanggan
|
Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.
CARTA ORGANISASI
PERUNDANGAN DAN PERATURAN
Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
(Ministry of Information
Communication and Culture)
Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu :-
a. Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang
sah;
b. Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;
c. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan
d. Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang
sah atau penerimaan maklumat dari sumber yang sah.
KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)
Dalam era serba canggih kini,
BERNAMA turut mempunyai aplikasi dalam talian dan alat peranti mudah alih. Ini memudahkan umum untuk memperolehi berita yang
sahih secara terus tanpa membeli surat khabar.
Dari sudut pembaharuan memperolehi berita sahih, perkara ini sepatutnya dilakukan.
Malah di negara-negara maju dan membangun juga agensi-agensi berita telah banyak melakukan penambahbaikan dalam penyebaran berita seperti CNN,
AFP, REUTERS, APTN dan sebagainya.
LESEN DAN PERMIT
Di bawah
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN(R
& D)
Bernama School of Journalism menawarkan kursus tahap kemahiran dalam bidang kerja.
Contohnya:
1-Kursus
Fotografi
2-Kursus
Penulisan Berita
3-Kursus
Hubungan Media dengan Masyarakat
4-Kursus
Perhubungan Media dengan Kerajaan
5-Kursus
Penyiasatan maklumat
DASAR DAN STRATEGI
Bernama merupakan sumber berita yang utama
untuk semua syarikat penerbitan dan penyiaran berita di Malaysia.
Bernama juga merupakan agensi berita yang boleh
dirujuk oleh agensi berita asing yang ingin
mendapatkan berita tempatan.
RANGKAIAN DAN HUBUNGAN
RANGKAIAN DAN HUBUNGAN
KESIMPULAN
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA, merupakan agensi berita dan sumber berita yang boleh
dijadikan rujukan dan menjadi sumber negara luar untuk memperoleh berita dari Malaysia. Walaupun BERNAMA merupakan sebuah pertubuhan yang dikawal oleh kerajaan dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, namun
setiap berita yang dikeluarkan tidaklah terlalu bias memihak kepada kerajaan. BERNAMA bertanggungjawab mengeluarkan berita-berita sahih untuk dibekalkan kepada mana-mana syarikat penerbitan atau penyiaran berita di dalam mahupun di luar negara.
Secara umumnya, mungkin masih ramai yang tidak
menyedari tentang kewujudan BERNAMA sebagai sumber berita utama dalam negara. Ini disebabkan pemikiran masyarakat di Malaysia yang tidak
membudayakan pencarian berita yang sahih
tetapi hanya memandang dan terpedaya dengan tajuk-tajuk sensasi di dada-dada akhabar atau siaran tv tempatan serta pemain industri media yang lain yang hanya
memikirkan keuntungan dan rating yang tinggi.