Monday, July 27, 2015

Presentation (Company Broadcast)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia
Pertemuan kali ini jatuh dalam bulan Syawal...sungguh meriah pelajar-pelajar didalam kelas kerana masing-masing membawa kuih raya dan berkongsi rasa makanan yang dibawa..Puan Latifah sangat happy mukanya apabila kami semua bawa kuih raya untuknya...


Sesi merasa kuih raya
Makan kuih raya sambil dengar Puan Latifah mengajar


Ok..lepas makan2 tu..kami telah membentangkan presentation berkumpulan..kumpulan kami terdiri daripada saya Khairul, Mohd Nor, Hafiz dan Ezreen a.k,a Bobo..kumpulan kami memilih company broadcast Bernama...dibawah ini adalah tugasan kumpulan yang kami lakukan hasil daripada titik peluh bersama...


Sesi presentation kumpulan BERNAMA
Menerangkan tentang BERNAMA melalui slide


Logo Syarikat BERNAMA



PENGENALAN


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968
BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura dan Jakarta dan retainer di Washington, London. Manila, New Delhi, Dhaka, Melbourne dan Vancouver

:: VISI
Menjadikan BERNAMA pemimpin dalam industri maklumat di Asia. Kami ialah pembekal berita dan maklumat yang lengkap, mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, berdaya maju, berwibawa dan sentiasa peka.

: MISI
1- Membantu melahirkan masyarakat bermaklumat selaras dengan Wawasan 2020 menerusi pembekalan berita dan maklumat yang menyeluruh secara tepat dan cepat, kepada semua pihak.2- Mencari keuntungan dengan mempelbagaikan kegiatan dalam perkhidmatan berita dan maklumat serta apa-apa keluaran yang berkaitan dengannya, di dalam dan di luar negara.

3- 
Menjamin kepuasan para pelanggan.

4- 
Menggunakan teknologi terkini sedaya mampu dan mencipta teknologi sendiri sedaya mungkin.

5-
Menawarkan kerjaya yang mencabar dengan ganjaran yang memuaskanLebih daripada 300 wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera video BERNAMA melapor dari biro-biro BERNAMA di 13 negeri di Malaysia, dari ibu pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat-pejabat luar di Singapura, Jakarta, Bangkok, London dan Washington DC. Kehadiran di serata dunia membolehkan BERNAMA membuat liputan berita-berita yang mempunyai kepentingan tempatan dan juga global.




PIAGAM PELANGGAN

BERNAMA BERAZAM MENGAMALKAN PRINSIP PELANGGAN DIDAHULUKAN DAN  PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN:

Semua pelanggan akan diberi layanan yang segera, mesra, adil dan saksama sejajar dengan semangat 1Malaysia. Aduan daripada pelanggan akan diambil tindakan dalam tempoh 24jam. Aduan ralat berita akan diambil tindakan pembetulan dalam tempoh 1jam. Kebajikan dan kehendak warga BERNAMA serta pemegang kepentingan sentiasa dipelihara Khidmat Sokongan dan Bantuan Pelanggan


Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.

CARTA ORGANISASI




 PERUNDANGAN DAN PERATURAN

Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
(Ministry of Information Communication and Culture)

Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu :-
a. Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah;
b. Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;
c. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan
d. Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari  sumber yang sah.
 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

Dalam era serba canggih kini, BERNAMA turut mempunyai aplikasi dalam talian dan alat peranti mudah alih. Ini memudahkan umum untuk memperolehi berita yang sahih secara terus tanpa membeli surat khabar. Dari sudut pembaharuan memperolehi berita sahih, perkara ini sepatutnya dilakukan.
Malah di negara-negara maju dan membangun juga agensi-agensi berita telah banyak melakukan penambahbaikan dalam penyebaran berita seperti CNN, AFP, REUTERS, APTN dan sebagainya.
 LESEN DAN PERMIT

Di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) 

 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN(R & D)

Bernama School of Journalism menawarkan kursus tahap kemahiran dalam bidang kerja.
Contohnya:
1-Kursus Fotografi
2-Kursus Penulisan Berita
3-Kursus Hubungan Media dengan Masyarakat
4-Kursus Perhubungan Media dengan Kerajaan
5-Kursus Penyiasatan maklumat

 DASAR DAN STRATEGI

Bernama merupakan sumber berita yang utama untuk semua syarikat penerbitan dan penyiaran berita di Malaysia.
Bernama juga merupakan agensi berita yang boleh dirujuk oleh agensi berita asing yang ingin mendapatkan berita tempatan.

 RANGKAIAN DAN HUBUNGAN





 RANGKAIAN DAN HUBUNGAN


 KESIMPULAN

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA,  merupakan agensi berita dan sumber berita yang boleh dijadikan rujukan dan menjadi sumber negara luar untuk memperoleh berita dari Malaysia. Walaupun BERNAMA merupakan sebuah pertubuhan yang dikawal oleh kerajaan dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, namun setiap berita yang dikeluarkan tidaklah terlalu bias memihak kepada kerajaan. BERNAMA  bertanggungjawab mengeluarkan berita-berita sahih untuk dibekalkan kepada mana-mana syarikat penerbitan atau penyiaran berita di dalam mahupun di luar negara.
  Secara umumnya, mungkin masih ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan BERNAMA sebagai sumber berita utama dalam negara. Ini disebabkan pemikiran masyarakat di Malaysia yang tidak membudayakan pencarian berita yang sahih tetapi hanya memandang dan terpedaya dengan tajuk-tajuk sensasi di dada-dada akhabar atau siaran tv tempatan serta pemain industri media yang lain yang hanya memikirkan keuntungan dan rating yang tinggi.
  

No comments:

Post a Comment