Monday, July 27, 2015

Presentation (Company Broadcast)

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia
Pertemuan kali ini jatuh dalam bulan Syawal...sungguh meriah pelajar-pelajar didalam kelas kerana masing-masing membawa kuih raya dan berkongsi rasa makanan yang dibawa..Puan Latifah sangat happy mukanya apabila kami semua bawa kuih raya untuknya...


Sesi merasa kuih raya
Makan kuih raya sambil dengar Puan Latifah mengajar


Ok..lepas makan2 tu..kami telah membentangkan presentation berkumpulan..kumpulan kami terdiri daripada saya Khairul, Mohd Nor, Hafiz dan Ezreen a.k,a Bobo..kumpulan kami memilih company broadcast Bernama...dibawah ini adalah tugasan kumpulan yang kami lakukan hasil daripada titik peluh bersama...


Sesi presentation kumpulan BERNAMA
Menerangkan tentang BERNAMA melalui slide


Logo Syarikat BERNAMA



PENGENALAN


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968
BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA

BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura dan Jakarta dan retainer di Washington, London. Manila, New Delhi, Dhaka, Melbourne dan Vancouver

:: VISI
Menjadikan BERNAMA pemimpin dalam industri maklumat di Asia. Kami ialah pembekal berita dan maklumat yang lengkap, mengutamakan kecemerlangan, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi, berdaya maju, berwibawa dan sentiasa peka.

: MISI
1- Membantu melahirkan masyarakat bermaklumat selaras dengan Wawasan 2020 menerusi pembekalan berita dan maklumat yang menyeluruh secara tepat dan cepat, kepada semua pihak.2- Mencari keuntungan dengan mempelbagaikan kegiatan dalam perkhidmatan berita dan maklumat serta apa-apa keluaran yang berkaitan dengannya, di dalam dan di luar negara.

3- 
Menjamin kepuasan para pelanggan.

4- 
Menggunakan teknologi terkini sedaya mampu dan mencipta teknologi sendiri sedaya mungkin.

5-
Menawarkan kerjaya yang mencabar dengan ganjaran yang memuaskanLebih daripada 300 wartawan, editor, jurugambar dan jurukamera video BERNAMA melapor dari biro-biro BERNAMA di 13 negeri di Malaysia, dari ibu pejabat di Kuala Lumpur dan juga pejabat-pejabat luar di Singapura, Jakarta, Bangkok, London dan Washington DC. Kehadiran di serata dunia membolehkan BERNAMA membuat liputan berita-berita yang mempunyai kepentingan tempatan dan juga global.




PIAGAM PELANGGAN

BERNAMA BERAZAM MENGAMALKAN PRINSIP PELANGGAN DIDAHULUKAN DAN  PERKHIDMATAN DIUTAMAKAN:

Semua pelanggan akan diberi layanan yang segera, mesra, adil dan saksama sejajar dengan semangat 1Malaysia. Aduan daripada pelanggan akan diambil tindakan dalam tempoh 24jam. Aduan ralat berita akan diambil tindakan pembetulan dalam tempoh 1jam. Kebajikan dan kehendak warga BERNAMA serta pemegang kepentingan sentiasa dipelihara Khidmat Sokongan dan Bantuan Pelanggan


Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang terkini dan boleh dipercayai amat dikenali dikalangan media tempatan dan asing, agensi-agensi kerajaan, swasta, universiti dan individu di negara ini.

CARTA ORGANISASI




 PERUNDANGAN DAN PERATURAN

Dasar Keselamatan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
(Ministry of Information Communication and Culture)

Terdapat empat (4) komponen asas keselamatan ICT iaitu :-
a. Melindungi maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi Kerajaan dari capaian tanpa kuasa yang sah;
b. Menjamin setiap maklumat adalah tepat dan sempurna;
c. Memastikan ketersediaan maklumat apabila diperlukan oleh pengguna; dan
d. Memastikan akses kepada hanya pengguna-pengguna yang sah atau penerimaan maklumat dari  sumber yang sah.
 KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)

Dalam era serba canggih kini, BERNAMA turut mempunyai aplikasi dalam talian dan alat peranti mudah alih. Ini memudahkan umum untuk memperolehi berita yang sahih secara terus tanpa membeli surat khabar. Dari sudut pembaharuan memperolehi berita sahih, perkara ini sepatutnya dilakukan.
Malah di negara-negara maju dan membangun juga agensi-agensi berita telah banyak melakukan penambahbaikan dalam penyebaran berita seperti CNN, AFP, REUTERS, APTN dan sebagainya.
 LESEN DAN PERMIT

Di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) 

 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN(R & D)

Bernama School of Journalism menawarkan kursus tahap kemahiran dalam bidang kerja.
Contohnya:
1-Kursus Fotografi
2-Kursus Penulisan Berita
3-Kursus Hubungan Media dengan Masyarakat
4-Kursus Perhubungan Media dengan Kerajaan
5-Kursus Penyiasatan maklumat

 DASAR DAN STRATEGI

Bernama merupakan sumber berita yang utama untuk semua syarikat penerbitan dan penyiaran berita di Malaysia.
Bernama juga merupakan agensi berita yang boleh dirujuk oleh agensi berita asing yang ingin mendapatkan berita tempatan.

 RANGKAIAN DAN HUBUNGAN





 RANGKAIAN DAN HUBUNGAN


 KESIMPULAN

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, BERNAMA,  merupakan agensi berita dan sumber berita yang boleh dijadikan rujukan dan menjadi sumber negara luar untuk memperoleh berita dari Malaysia. Walaupun BERNAMA merupakan sebuah pertubuhan yang dikawal oleh kerajaan dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, namun setiap berita yang dikeluarkan tidaklah terlalu bias memihak kepada kerajaan. BERNAMA  bertanggungjawab mengeluarkan berita-berita sahih untuk dibekalkan kepada mana-mana syarikat penerbitan atau penyiaran berita di dalam mahupun di luar negara.
  Secara umumnya, mungkin masih ramai yang tidak menyedari tentang kewujudan BERNAMA sebagai sumber berita utama dalam negara. Ini disebabkan pemikiran masyarakat di Malaysia yang tidak membudayakan pencarian berita yang sahih tetapi hanya memandang dan terpedaya dengan tajuk-tajuk sensasi di dada-dada akhabar atau siaran tv tempatan serta pemain industri media yang lain yang hanya memikirkan keuntungan dan rating yang tinggi.
  

Monday, July 20, 2015

Undang Undang Siber (Isu Perundangan)

Puan Latifah dengan semangatnya mengajar kami...tengok tangan beliau..


UNDANG-UNDANG SIBER

(ISU PERUNDANGAN)


Objektif:
Definisi Undang-Undang Siber
Mengapa Undang-Undang Siber Penting?

Menyenaraikan Akta-akta dalam Undang-Undang Siber

PENGENALAN

        Apakah Undang-Undang Siber ?

Undang-undang siber adalah satu rangka perundangan yang komprehensif untuk
menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multimedia dan penggunaan
aplikasi multimedia.

Mengapa undang-undang siber penting ?

satu komponen penting dalam undang-undang negara.Ia diperlukan untuk memacu
pembangunan ICT dengan cara menangani ancaman dan salahguna terhadap sistem ICT.

Apakah tujuan undang-undang siber dibangunkan ?

1.Sebagai panduan dan mengawal industri ICT daripada aktiviti tidak sah dari segi undang
undang / disalahguna atau aktiviti yang mendorong kepada perlakuan aktiviti
menyalahgunakan ICT.
2.Menerangkan secara jelas jenis-jenis kesalahan yang boleh disabitkan berkaitan aktiviti
ICT.
3.Menerangkan dengan jelas hukuman-hukuman akibat pelanggaran undang-undang
berkaitan ICT.
4.Menyediakan infrastruktur bertulis sebagai sokongan kepada inisiatif MSC.

PENDEKATAN DUNIA SIBER MALAYSIA
 Malaysia telah melangkah masuk ke dunia siber melalui dua pendekatan iaitu melalui
hard-infrastructure  dan soft infrastructure
Hard Infrastructure 
Hard infrastructure bermaksud membina infrastructure mewujudkan kawasan fizikal untuk
pembangunan berkaitan dengan ICT termasuk membina backbone komunikasi yang
berkelajuan tinggi.
Soft Infrastructure
 Soft infrastructure bermaksud mewujudkan undang-undang yang berkaitan dengan
pembangunan ICT itu.

UNDANG-UNDANG TRADISIONAL
dgn kata lain – undang-undang siber bertujuan memacu pembangunan industri ICT
tempatan.
Apakah tujuan undang-undang siber dibangunkan ?
Dikatogerikan sebagai undang-undang yang telah sedia ada serta diwujudkan bukan bagi
maksud siber tetap secara kebetulan sesuai dan
relevan untuk diterima pakai bagi pelaksanaanpenguatkuasaan dan pemantauan  jenayah
di alam siber.

Undang-Undang Tradisional

Di antara peruntukan undang-undang tradisional Malaysia yang digunapakai kepada
jenayah siber adalah :-

Kanun Kesiksaan
Akta Hakcipta
Akta Keselamatan Dalam Negeri
Akta Rahsia Rasmi 1972
Akta Hasutan 1948
Akta Penerbitan dan Percetakan 1984
Akta KeteranganAkta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973


UNDANG-UNDANG SIBER

Akta-Akta dalam Undang-Undang Siber
Akta Hakcipta 1997 (pindaan)
Akta Tandatangan Digital 1997
Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Teleperubatan 1997
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998

Akta Hakcipta (pindaan) 1997
Akta ini meningkatkan perlindungan terhadap pembangunan teknologi maklumat dan
hakcipta menurut World Intellectual Technology Property Ownership (WIPO) Copyright
Treaty 1996.
Skop hakcipta juga diperluaskan di mana penulis/pencipta juga mempunyai hak eksklusif
untuk mengawal ciptaannya.


Akta Hakcipta (pindaan) 1997

Senarai Kesalahan
Kesalahan
Senarai Kesalahan
Seksyen
Kesalahan
41(1)(h)
Memintas @ menyebabkan apa-apa pintasan ke atas teknologi yang sedang digunakan.
41(1)(i)
Membuang @ meminda maklumat hak elektronik tanpa kebenaran.
41(1)(j)
Mengedar, mengimport pengedaran @ memberitahu umum tanpa kebenaran, kerja @ salinan kerja di mana hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran.
Akta Hakcipta (pindaan) 1997
Senarai Hukuman
Seksyen
Penjara
Denda
Both
41(1)(h)
X > 3 thn
Seterusnya X > 5 thn
X > RM250,000
Seterusnya X > RM500,000
/
41(1)(i)
/
41(1)(j)
/

Akta Tandatangan Digital 1997
Dibuat untuk memberi keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi
elektronik yang selamat di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan
identiti menghantar dan mengesahkan mesej yang dihantar.
Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil dari pihak berkuasa perlu
diperolehi.
Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai mengesahkan mesej adalah benar
sepertimana dihantar dan diterima.

Digicert yang dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pemerakuan (CA) sijil digital pertama di

negara ini merupakan pengeluar sijil digital selamat yang dilesenkan oleh kerajaan melalui

Pejabat Pengawal Pihak Berkuasa Pemerakuan yang ditubuhkan di bawah undang-undang

siber Malaysia.


Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie berkata, sekiranya para

pengguna Internet yang menggunakan perakuan digital daripada syarikat yang tidak
dilesenkan oleh kerajaan, maka segala transaksi yang dibuat tidak akan dilindungi oleh undang-undang.

Akta Jenayah Komputer 1997

Akta ini adalah berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan komputer untuk tujuan
melakukan jenayah.

Di bawah akta ini, akses secara tidak sah / mengubah apa-apa program atau data yang
terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.

Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun
kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang / dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi
mana komputer / program / data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai /
dihubungkan / digunakan dengan komputer di Malaysia.

Jenis Kesalahan
Seksyen
Kesalahan
3
Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer
4
            Capaian tanpa kuasa bagi melakukan kesalahan lanjut  (dengan niat)
5
Mengubahsuai kandungan dalam komputer
6
Melakukan komunikasi yang salah
7
Bersubahat dan Cubaan merosakkan maklumat
11
Menghalang capaian / pencarian


Jenis Kesalahan

Seksyen
Penjara
Denda (RM)
Both
3
X > 5 thn
X > 50,000
/
4
X > 10 thn
X > 150,000
/
5
X > 7 thn; libat kecederaan,
X > 10 thn
X > 100,000; cedera > 150,000
/
6
X > 3 thn
X > 25,000
/
7
X > ½ tmph maksimum
X >25,000
/
11
X > 3 thn
X > 25,000
/


Contoh Kontroversi Terkini

1)Statistik Aduan Jenayah Siber Meningkat 88%  (sumber : kosmo 11 Januari 2012)
§Sebanyak 15,218 aduan yang diterima.
§Kes paling mendapat perhatian :
üPENIPUAN INTERNET
oFraud (5328)
oSpam (3751)
oPencerobohan (3699) 

2) Penggodaman (Hacker) – 15 Jun 2011
§Negara digemparkan dengan serangan alam siber yang ditunjangi penggodam
antarabangsa dikenali “Anonymous”
§Menerusi Operation Malaysia, kesan buruk penggodamannya amat serius.
§91 buah laman web telah mengalami gangguan perkhidmatan (service theft).
Akta Teleperubatan 1997
Definisi Teleperubatan :

Amalan perubatan yang menggunakan audio, visual dan komunikasi data dan tidak
menghadkan kepada masa sebenar (real time) atau tindak balas spontan, tetapi bukan
bermaksud amalan yang menggunakan mesin, faks atau telefon.
Seksyen 3(1):
a)pengamal perubatan penuhada perakuan teleperubatan.
b)pengamal perubatan luar negaraada perakuan teleperubatan Majlis Perubatan
Malaysia, ada perakuan teleperubatan yang sah.

Kuasa kelulusan mengamalkan teleperubatan Ketua Pengarah Perubatan Malaysia.

Jika langgar seksyen 3(1) ini boleh sabit kesalahan :
denda <500,000 @ penjara < 5 tahun @ keduanya.

Seksyen (4): perakuan bagi mengamalkan teleperubatan:
ØMajlis perubatankeluarkan perakuan bertulis, boleh tarik balik bila-bila masa, pengamal
boleh rayu kepada menteri.

Seksyen (5): persetujuan pesakit
Øsebelum mengamalkan teleperubatan perlu dapat persetujuan bertulis daripada pesakit.
Øpersetujuan tidak sah sebelum maklumkan kepada pesakithak, risiko, perlindungan
kerahsiaan.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini menggabungkan penyiaran dan komunikasi yang menggantikan akta
Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.

Telah dikuatkuasakan pada 1 April 1999.

Akta ini menjelaskan kuasa dan tatacara menteri berkaitan, tribunal rayuan, perlesenan
dan kuasa serta tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia telah ditubuhkan apabila akta ini
diutarakan.

Matlamat:
i.Menggalakkan dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.
ii.Mewujudkan rangka kerja perlesenan dan pengawal seliaan bagi menyokong matlamat
dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia.
iii.Mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
iv.Mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran akta ini.

Akta ini meliputi komunikasi menerusi media elektronik (dikecualikan media cetak).

Ia tidak menjejaskan penguatkuasaan undang-undang sedia ada ke atas national security,
illegal content, fitnah dan hakcipta.

Akta ini hanya meliputi:
penyedia kemudahan rangkaian
penyedia perkhidmatan rangkaian
penyedia perkhidmatan aplikasi
penyedia perkhidmatan aplikasi kandungan.

Di bawah akta ini, Menteri diberi kuasa untuk memberikan lesen aktiviti berkaitan
komunikasi dan multimedia kepada penyedia perkhidmatan yang dinyatakan serta
difikirkannya sesuai untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kuasa menteri ini adalah supaya perubahan pesat teknologi boleh diambil tindakan segera.

Akta ini memberikan kuasa kepada sebuah suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia untuk menyelia dan mengawasi aktiviti komunikasi dan
multimedia di Malaysia.
Suruhanjaya ini akan menguatkuasakan akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan apa-apa
yang berkaitan dengannya.

Memberi kebenaran untuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia, iaitu badan tunggal kawal selia untuk kemunculan percantuman industri
komunikasi dan multimedia.

Akta ini menjelaskan struktur, kuasa, fungsi, pekerja dan kewangan suruhanjaya ini.

KESIMPULAN

Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin boleh dilakukan beribu-ribu batu jauhnya
ataupun mungkin dari orang yang berada di sebelah kita dan amat malang sekali adalah
apabila kita sukar untuk mengenali siapa mereka serta dari mana mereka menyerang kita.

Justeru itu, kita haruslah mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer . Undang
undang tradisional dan kemudiannya Undang-Undang Siber ini adalah usaha terbaik bagi
mengawal ianya daripada berleluasa.