Tuesday, November 22, 2016

Senarai terkini top 10 orang paling kaya di Malaysia 2016

Orang Paling Kaya Di Malaysia 2016


Tan Sri Robert Kuok iaitu seorang hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong (Pengasas Kuok Group) kekal mendahului senarai 10 orang paling kaya di Malaysia untuk kedudukan ranking pada tahun 2016 

Menurut laporan senarai terkini individu terkaya Malaysia anjuran Forbes (www.forbes.com) bagi tahun 2016 menyaksikan nilai kekayaan 10 individu tersebut menyusut berbanding tahun sebelumnya (2015)

Penyusutan nilai kekayaan 10 individu terkaya di Malaysia itu berkait rapat dengan penurunan harga minyak dan kejatuhan nilai ringgit serta faktor ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan

Dalam kedudukan ranking 10 individu paling kaya di Malaysia bagi tahun 2016 itu, turut memperlihatkan dua individu yang tersenarai pada tahun 2015 telah terkeluar dari kedudukan tersebut, mereka adalah Goh Peng Ooi dan Lee Oi Hian / Lee Hau Hian

Kekayaan yang dimiliki beberapa hartawan yang tersenarai, terjejas teruk terutama mereka yang memiliki pelaburan atau berkaitan dengan sektor minyak

Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary masih kekal dalam senarai 10 individu terkaya di Malaysia, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelapan pada tahun 2015

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

No comments:

Post a Comment